Friday 18 April 2014

Cara memperbaiki DVD Drive yang tidak muncul di Windows 8

Salah satu masalah yang umum dijumpai pengguna windows 8 beta sekarang ini ialah hilangnya ikon DVD drive di My computer maupun di windows explorer. Masalah berlaku selepas kita menginstall windows 8 ataupun mengupgradenya dari windows 7 dan windows 8 tidak mengesan adanya DVD drive, kerana DVD drive ini tidak muncul baik di windows explorer bahkan di Device manager.

Walaupun kita tidak yakin akan punca masalah ini, kita boleh cuba kaedah yang akan dijelaskan berikut ini.

Catatan: Bagi yang menginstall windows 8 pada komputer yang baru dipasang, sila periksa terlebih dahulu sambungan kabel dari mabo ke dvd drivenya, mungkin kabel boleh jadi longgar.

Cara Pertama:

     Jalankan Command prompt dengan hak akses Administrator, caranya: beralik ke start screen, taip CMD kemudian secara serentak tekan butang Crtl + SHIFT + ENTER untuk mula menjalankan perintah didalam jendela command prompt.
     Setelah didalam jendela command prompt, taip perintah berikut:

 Setelah didalam jendela command prompt, taip perintah berikut:
reg.exe add "HKLM\System\CurrentControlSet\Services\atapi\Controller0"
 /f /v EnumDevice1 /t REG_DWORD /d 0×00000001
 
Nota: sila copy / paste perintah diatas kedalam tingkap command prompt. 

 

Kemudian tutup tingkap command prompt lalu rebootlah komputernya, Sekarang seharusnya kita akan melihat DVD drive pada Windows Explorer serta di Device Manager.

Cara Kedua:

     Untuk beberapa pengguna mungkin cara pertama tersebut di atas tidak bekerja, Jika prosedur tersebut di atas tidak bekerja untuk anda atau jika anda terlalu malas untuk membuka Command Prompt dan menjalankan perintah, download dan jalankan utiliti percuma yang bernama CD-DVD Icon Repair

 

CD-DVD Icon Repair adalah alat mudah alih yang akan membantu kita ketika windows tidak mengenali CD / DVD Drive, walaupun alat ini direka untuk windows 7, tapi boleh juga bekerja untuk windows 8. Cukup jalankan program kecil ini, klik butang ikon Repair CD-DVD dan kemudian restartlah komputernya.