Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Semua peranti input mengekod (encode) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.
Antara contoh peranti input ialah :
papan kekunci
tetikus
mikrofon
pengimbas
kamera digital
kayu ria
pengimbas kod bar
pembaca kad pintar
Tanpa peranti Input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen sahaja iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta hasil yang dikenali sebagai output.
Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video.
Papan Kekunci (KeyBoard)
Merupakan peranti yang digunakan untukmemasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), “rasa/sentuhan” dan bilangan kekunci.
Pada kebiasaanya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.
Mesin Pengimbas
Peranti ini menukarkan imej teks, lukisan , gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer.
Imej yang telah diproses boleh dipapaprkan di skrin, di simpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.
Kamera Digital
Imej kamera digital direkodkan secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera. Pelajar mampu menggambil gambar , melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam tempoh yang singkat sahaja.
Pengimbas Kod Bar
Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya dimana ianya mewakili nombor. Pengimbas Kod Bar digunakan untuk mengiput data dari kod bar ke dalam komputer.
Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.
Mikrofon
Peranti ini digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Secara amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi sebagai input.
Kamera Web
Kamera Web berfungsi untuk merakam atau memasukan gambar yang akan disimpan dalam memori komputer. Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.
Tetikus
Tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan Tetikus. Tetikus boleh diibaratkan sebagai tangan manusia. Tanpa tetikus kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan papan kekunci. Tetikus berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.
Kebiasaannya, pada tetikus terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara amnya, butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start -Setting – Control Panel – Mouse”
Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan tetikus ke komputer iaitu :
1. Standard Serial Mouse.
Tetikus yang sudah jarang dipakai oleh pengguna umum. Biasanya tetikus ini digunakan pada komputer Pentium 1 dan Pentium 2.
2. PS2
Tetikus yang digunakan pada komputer Pentium 3 dan Pentium 4
3. USB
Tetikus yang sudah umum digunakan oleh pengguna dengan meluas.Digunakan pada komputer Pentium 3 dan 4
4. Optical
Tetikus ini tidak menggunakan bebola untuk menunjuk pointer melainkan menggunakan sinar laser yang berwarna-warni.
5. Wireless
Tetikus terbaru tanpa kabel. Kini Mouse Wireless yang kini sudah meluas penggunaannya dikalangan pengguna.
Kayu Ria
Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Dengan kata lain Kayu Ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kursor atau objek grafik lain pada skrin komputer.
Kayu ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer. Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai "input kayu ria".
Selain bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal mesin seperti lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin potong rumput putar setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai peranti mengendali perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.