Laptop /computer merupakan satu keperluan di zaman IT kini, kerana sumber rujukan buku sahaja bukan lagi merupakan rujukan yang mutlak. Bagi pengguna computer/ laptop mengformat-nya adalah pekara yang pasti diketahui oleh pemiliknya, sama ada mengformat di kedai, meminta bantuan sahabat yang arif tentang komputer, mengformat sendiri atau sebagainya.
Bagi yang mengformat computer /laptop di kedai computer, mereka mengambil masa yang lama untuk mengformatnya, kerana bukan sahaja computer /laptop anda sahaja yang perlu mereka format dan sahabat juga perlu menbayar sejumlah wang yang agak mahal untuk mengformat komputer kerana mereka perlu membayar gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya.
Kenapa kita perlu bersusah payah berhabiskan wang dan pergi ke kedai computer untuk mengformatnya, padahal kita sendiri boleh mengformat laptop /komputer kita.. Di sini akan saya menunjukkan tutorial cara mengformat laptop/ komputer.
100% tutorial yang lengkap...
Apa yang di perlukan SEBELUM mengformat komputer :
1) pastikan dahulu apakah OS sahabat samaada versi 32 atau 64bit:
-)klik start
-)klik kanan pada komputer
-)properties
kerana sewaktu proses format komputer akan ditanya untuk format windows versi apa..
2) Sekeping vcd windows 7 Ultimate yang berharga RM 10-20 di kedai-kedai seperti kedai cd komputer games, kedai komputer, anda tidak akan rugi membelinya kerana vcd boleh diguna dalam jangka masa yang lama dan boleh mengformat berapa banyak komputer lain jika anda pandai menjaga/ menggunakannya, BOLEH BUAT DUIT JUGA..
3) Buat backup/ simpan document2 penting daripada "local disk c" seperti pictures, videos, document, software2 yang anda download tadi ke "local disk d"(bagi yang tiada, buat backup ke external hard disk)
Tutorial Mengformat Komputer.
1) Masukkan dvd windows ke dalam cd rom dan kemudian restart komputer.
2) Sesetengah laptop/ komputer akan terus detect dvd windows seperti "press any key to boot from cd" dan terus tekan "enter"
Jika laptop/ komputer anda tidak detect dvd, semasa komputer tengah restart tekan
a) untuk computer jenis Compaq tekan F9/ F10
b) untuk computer jenis Acer tekan F2/ F12
c) untuk computer jenis Dell tekan F2
Selepas itu cari "boot" pada paparan bios komputer anda dan pilih DVD sebagai default atau letakkan di atas sekali dan tekan enter. CONTOH:-
3) Selepas itu screen akan keluar "windows is loading files"
4) Pilih bahasa yang ingin anda gunakan, dan klik "next"
5) Selepas itu klik pada "install now"
6) Pilih apa architecture/ versi yang anda mahukan
(rujuk No 1 pada "apa yang diperlukan SEBELUM mengformat komputer")
7) Klik "I accept the license tems" dan klik "next"
9) Klik pada partition yang hendak di format, biasanya laptop/computer akan terus detect partition "local disk c" secara default
10) Klik pada "drive options (advance)"
11) Klik "format"
12) Windows sedang menginstall dengan sendirinya, dan ianya akan mengambil masa lebih kurang 30 minit..
13) Semasa windows sedang install, jangan klik/ tekan apa-apa sehinggalah windows keluar" set up windows" tuliskan nama yang anda suka..
14) Jika ingin meletak password silakan, jika tiada klik "next"
15) Pedulikannya, klik "next"
16) Klik "use recommended settings"
17) Pilih default iaitu zon masa "kuala lumpur"
18) Done.. Laptop/computer anda telah diformat dengan jayanya
19) Klik start => klik kanan pada komputer => klik properties
Adakah komputer anda seperti ini? (klik pada gambar untuk zoom)