Storan


PERANTI STORAN

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan  pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan sekunder.

Storan Primer
Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu
a. Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b. Ingatan Baca Sahaja (ROM)


                                            


Ingatan Capaian Rawak (RAM)
RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan, semua data yang disimpan di RAM akan hilang.
Fungsi RAM ialah:
1. Menyimpan aturcara system pengendalian dan perisian system.
2. Menyimpan aturcara perisian aplikasi yang digunakan
3. Menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan
4. Menyediakan ruang storan tambahan jika diperlukan 


                                          

 Ingatan Baca Sahaja (ROM)
Cip ingatan bacaan sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan. Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguan. “Baca sahaja” bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai aturcara yang ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi system computer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas dalam computer.
Fungsi ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan menghidupkan computer, bahasa penterjemahan aras tinggi dan sisitem pengoperasian. 





Storan Sekunder
Storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.

Fungsi storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang lain pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.

Jenis-jenis storan sekunder adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal


A-Medium Magnet
Terdapat tiga jenis storan magnetic yang biasa digunakan iaitu:


                                                                  
         
1. Pita Magnetik
Datanya disimpan pada segulung pita. Ia juga dikenali sebagai pita kaset. Ketumpatan pita disukat dalam unitbpi iaitu “bit per inches’. Ia murah dan sesuai dan sesuai digunakan sebagi sandaran        



 

2.  Cakera Liut
Cakera Liut atau dikenali sebagai Disket 

                                       


3. Cakera Keras
Cakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Ia mampu menyimpan secara kekal dan mencapai data pada kelajuan yang lebih cepat. Ia dapat menyimpan data dengan lebih banayk berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera optik ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data boleh mencecah 1TB.



B-Storan Optikal
Menggunakan prinsip cahaya untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunkan menentukan data yang ditulis atau dibaca 


                                   

Terdapat 3 jenis cakera optikal iaitu:
i.   CD (Compact Disk)
ii.  DVD (Digital Versatile/Video Disc)
iii. Blue-Ray Disc (BD)



C- Ingatan Kilat
Merupakan sejenis ingatan computer tidak meruap yang boleh dipadamkan dan diaturcara semula secara elektrikal.
2 jenis ingatan iaitu: 

                                 

1. Pemacu keras USB

Merupakan peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB. Ia lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.




                                             


2. Kad Memori
Merupakan media storan bagi peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, PDA, pemain audio digital dan kamera digital.