Unit Pemprosesan Pusat

 APA ITU CPU?                                      
                                 


Unit Pemprosesan Pusat atau juga dikenali sebagai CPU (Central Processing Unit) merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer.  Ia berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih bermakna.  


CPU juga merupakan litar elektronik yang dinamakan pemproses mikro.  CPU berperanan untuk melaksana serta mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua pengiraan serta penentuan logikal dilaksanakan di situ.