Peranti Output


PERANTI OUTPUT


Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.

Peranti output menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer.  Antara contoh peranti output ialah:

    monitor
    projektor LCD
    pencetak
    pembesar suara

Atau dengan kata lain, peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan meklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. 



 
Monitor
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.


 Projektor LCD
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas


Pencetak
Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenali salinan hard copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.



                                                  
                      

Pembesar Suara
Pembesar suara atau lebih dikenali sebgai speaker. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.


                                                  
Headphone
Headphone adalah sepasang pembesar suara kecil yang diletakkan di atas telinga dan dipasang atau disambungkan  ke dalam port pada kad bunyi.